About Us

 

 

WRITE & BRAVE, dahulunya dikenali sebagai Terfaktab Media (2010 - 2017), merupakan sebuah syarikat penerbitan yang berpangkalan di Kuala Lumpur, yang berdedikasi untuk menterjemah dan menerbitkan bahan bacaan umum dan kreatif seperti kewangan, ekonomi, pengurusan, keluarga, budaya popular, motivasi, kesusasteraan, koleksi puisi dan anekdot. Juga terbuka untuk menerbitkan bahan bacaan dalam bahasa Inggeris.

 

Bermula pada tahun 2010, pengasas Syazrul Aqram, Shafiq Helmi dan Shahireen Zulkifli menubuhkan Terfaktab Media sebagai rumah penerbitan indie untuk komuniti penulis Terfaktab yang aktif dalam blog dan media sosial. Rumah penerbitan kecil ini telah menerbitkan ratusan judul buku sepanjang penubuhannya. Pada tahun 2017, selaras dengan perkembangan, Terfaktab Media telah dinaik taraf kepada sebuah syarikat sendirian berhad, Write & Brave Sdn. Bhd. dan Azraei Muhamad kini menjadi Pengarah rumah penerbitan ini.

 

Pada tahun 2021, Write & Brave menjadi sebahagian daripada kumpulan penerbitan The Patriots.