Tim Harford

Tim Harford

TIM HARFORD ialah ahli lembaga editorial Financial Times, di mana beliau juga menulis ruangan "Dear Economist", di mana masalah peribadi pembaca diselesaikan, secara berterus-terang, dengan teori ekonomi terkini. Beliau merupakan pengacara rancangan televisyen bertajuk Trust Me, I'm an Economist, penyumbang tetap kepada Forbes.com dan rancangan radio Marketplace, dan ruangannya, "The Undercover Economist," yang diilhamkan oleh buku ini, muncul dalam In Slate. Tim pernah menjadi ahli ekonomi di Bank Dunia dan tutor ekonomi di Universiti Oxford. Beliau tinggal di London bersama isteri dan dua orang anak perempuannya.