Just Keep Buying: Teruskan Saja Membeli

Just Keep Buying: Teruskan Saja Membeli

Nick Maggiulli

05 May 2025 | Imprint: Write & Brave

Synopsis

"Gabungan ideal kebijaksanaan dan tindakan berkesan."

โ€”James Clear, pengarang terlaris Atomic Habits

Setiap orang pasti berdepan-dengan persoalan yang besar tentang wang. Sama ada berkaitan simpanan, pelaburan atau adakah kewangan anda berada di landasan yang betul? Malangnya, banyak jawapan yang diberikan oleh industri kewangan selama ini hanya bersandarkan andaian’ dan kepercayaan semata-mata, bukan , data dan bukti – sehinggalah sekarang.

Dalam JUST KEEP BUYING; blogger kewangan popular, Nick Maggiulli mengupas data untuk menjawab .persoalan terbesar tentang kewangan peribadi dan pelaburan, sambil berkongsi kaedah yang terbukti boleh membantu anda membina kekayaan bermula hari lnl.

Anda akan belajar mengapa anda tidak perlu menyimpan sebanyak yang anda sangka, mengapa menabung tunai untuk menunggu harga pasaran jatuh bukanlah strategi yang bijak, bagaimana menghadapi (dan untung besar) ketika pasaran merudum – dan banyak rahsia menarik lagi.

Dengan mengikuti strategi yang dikongsi dalam buku ini, anda mampu bertindak lebih bijak dan menikmati hidup yang lebih bahagia setiap hari. Sudah tiba masariya untuk anda melangkah lebih jauh dalam membina kekayaan – kini masanya untuk JUST KEEP BUYING.

304 pages ISBN 9786299555186

Details

Publication Date: 05 May 2025
Pages: 304
ISBN: 9786299555186
Imprint: Write & Brave

About the author

Nick Maggiulli ialah Ketua Pegawai Operasi dan Saintis Data di Ritholz Wealth Management. Beliau juga penulis blog popular OfDollarsAndData.com yang memfokuskan perkaitan antara data dengan kewangan peribadi. Tulisan beliau pernah dipaparkan dalam The Wall Street Journal, CNBC dan The Los Angeles Times. Nick Maggiulli merupakan graduan Universiti Stanford dalam bidang ekonomi dan kini menetap di New York.