Reka Bentuk 101

Reka Bentuk 101

Deco Guru Builder

31 May 2024 | Imprint: Write & Brave

Synopsis

"Sesuai untuk pemula!"

—Pemilik rumah

Pernahkah anda bergelut dengan isu hiasan dalaman ini? 

Tiada kabinet penyimpanan yang sesuai berdekatan tingkap yang berselerak dengan barang-barang.

Bahagian memasak dan kabinet dinding dipasang dengan ketinggian yang tidak sesuai dan menjadikan aktiviti memasak sangat tidak selesa. 

Ketinggian kabinet kasut terlalu rendah dan tidak dapat memuatkan kasut but. 

Lampu gantung di meja makan berada pada ketinggian yang salah dan menyebabkan kepala terhantuk. 

Jarak antara almari pakaian dan katil terlalu dekat dan menyempitkan laluan.

Kamar mandi terlalu sempit dan mengundang ketidakselesaan.  

Saiz meja kerja terlalu kecil untuk memuatkan dua individu bekerja pada masa yang sama.

Buku ini membantu anda merealisasikan rekaan dalaman rumah impian anda!

144 pages ISBN 9789672437949

Details

Publication Date: 31 May 2024
Pages: 144
ISBN: 9789672437949
Imprint: Write & Brave

About the author

Deco Guru Builder (DGB) merupakan sebuah syarikat reka dan bina (design & build) yang bermula pada 2017. DGB menyediakan servis dan perkhidmatan profesional yang menyeluruh dalam industri pembinaan dan hiasan dalaman. 

Dengan tenaga kerja seramai 15 orang, DGB dibarisi oleh arkitek, pereka hiasan dalaman, juru ukur, pengurus projek bertauliah dan pegawai kewangan. Secara keseluruhan, pasukan DGB mempunyai 30 tahun kepakaran dalam pelbagai bidang. 

DGB telah menyiapkan lebih 100 projek daripada rumah kediaman, galeri jualan, restoran, hotel dan pejabat korporat dengan nilai keseluruhan sebanyak RM20 juta. Kesemua projek ini telah siap 100% dalam tempoh masa yang diberikan. 

Antara klien korporat DGB ialah PNB, Air Asia, FGV Berhad dan puluhan lagi pemilik rumah yang gembira dengan hasil kerja kami.

Buku Reka Bentuk 101 ini ialah inisiatif DGB untuk mendidik masyarakat ke arah membina dan menghias ruang kediaman yang lebih baik dan selamat.