Reset Hidup Recharge Iman

Reset Hidup Recharge Iman

Almahiraja

20 November 2024 | Imprint: Write & Brave

Synopsis

"Hijrah mencerap rentak perubahan daripada dasar kegigihan diri yang amat dalam."

—Adziah Abd Aziz

Pernahkah anda merasakan hidup anda seolah-olah terhenti di tengah-tengah hiruk-pikuk dunia moden? Terkadang, kita terlalu sibuk mengejar duniawi sehingga terlupa akan tujuan sebenar kehidupan ini. Reset Hidup: Recharge Iman membawa anda kepada sebuah perjalanan untuk memulakan semula hidup dengan memperbaharui iman.

Buku ini mengetengahkan konsep hijrah yang lebih mendalam — hijrah daripada kebiasaan yang melalaikan kepada ketenangan rohani. Dengan bimbingan daripada ajaran al-Quran dan sunah, serta pelbagai kisah inspirasi, buku ini akan membantu anda mengembalikan keseimbangan hidup antara dunia dengan akhirat.

Reset Hidup: Recharge Iman sesuai bagi sesiapa yang ingin melakukan perubahan diri, memperkukuhkan hubungan dengan Ilahi dan mencari makna sebenar kebahagiaan. Bersedialah untuk melangkah ke arah kehidupan yang lebih tenang, penuh hikmah dan diberkati.

128 pages ISBN 9786299807919

Details

Publication Date: 20 November 2024
Pages: 128
ISBN: 9786299807919
Imprint: Write & Brave

About the author

Almahiraja mendapat pendidikan di Pengajian Tahfiz Ibnu Sina di Kamunting dan Pengajian Kitab Turath di Pondok Annur, Beruas, Perak. Beliau mempunyai Sijil Qiraat daripada Pejabat Agama Terengganu, Sijil Khatib dan Imam Terlatih, Pulau Pinang, Sijil Rawatan Islam dan Tradisional. Beliau pernah menjadi guru tahfiz dan warden di Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Maahad Tahfiz Qiam dan Kompleks Islam Darul Faizin. Beliau juga terlibat dalam perniagaan dengan membuka Spa Almahi Bekam Utara. Beliau menyediakan khidmat mengajar dan mengeluarkan sijil rawatan kepada lebih 1,000 orang peserta seluruh Malaysia. Beliau juga merupakan Pengasas Walaja yang menjual produk penjagaan rambut (Walaja Hair Care) dan aktif menjual wangian terapi dalam talian mahupun di kuliah-kuliah berdekatan.