Steven Bartlett

Steven Bartlett

Steven Bartlett ialah usahawan British yang telah memenangi anugerah dan seorang pelabur dalam lebih 40 syarikat, penceramah, pengarang buku bestseller serta pencipta kandungan. Beliau menjadi hos dalam audio siar paling popular di Eropah, The Diary Of A CEO. Selain itu, beliau mengasaskan Social Chain, agensi pemasaran digital global ketika baru berusia 22 tahun dan menjadikannya syarikat awam pada usia 27 tahun. Beliau juga mengasaskan Thirdweb, syarikat perisian yang berpangkalan di San Francisco dan Flight Story, syarikat pemasaran inovatif. Bartlett telah diwawancara oleh Forbes, Business Insider, Financial Times serta Guardian, dan telah menjadi penyunting jemputan untuk FT Edit. Beliau juga tersenarai dalam Forbes’ 30 Under 30. Bartlett ialah Dragon termuda dalam siri Dragon’s Den dan beliau telah menyampaikan ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, SXWS, TEDx dan VTEX Day bersama-sama dengan Barrack Obama. Buku pertamanya. Happy Sexy Millionaire ialah buku nombor 2 dalam senarai buku laris Sunday Times.