The Diary of A CEO: Diari Seorang CEO

The Diary of A CEO: Diari Seorang CEO

Steven Bartlett

10 February 2025 | Imprint: Write & Brave

Synopsis

"Peneman penting untuk mana-mana pemimpin yang mahu mencabar diri sendiri dan memimpin kita ke generasi seterusnya."

โ€”Simon Sinek, pengarang terlaris Start With Why

Buku ini bukan tentang strategi perniagaan. Strategi berubah seperti musim.

Buku ini tentang sesuatu yang lebih kekal.

Di sebalik kejayaan dan kegagalan yang pernah saya pelajari menerusi perjalanan keusahawanan saya – dan juga menerusi ribuan temu bual dalam podcast saya – ialah satu set prinsip yang tak lapuk dek zaman, terpakai dalam mana-mana bidang dan boleh digunakan oleh sesiapa yang mahu membina sesuatu atau menjadi seseorang yang hebat.

Ini ialah hukum-hakam asas yang akan membawa kejayaan.

Ia berakar daripada sains psikologi dan tingkah laku, berasaskan hikmah daripada ribuan orang yang saya selidiki merentasi benua serta lapisan umur, dan sudah tentu daripada perbualan dengan orang-orang paling berjaya yang terkemuka dalam podcast saya.

Hukum-hakam ini terpakai pada masa kini
Mahupun 100 tahun akan datang.

Adakah anda akan bermula?

368 pages ISBN 9781804091014

Details

Publication Date: 10 February 2025
Pages: 368
ISBN: 9781804091014
Imprint: Write & Brave

About the author

Steven Bartlett ialah usahawan British yang telah memenangi anugerah dan seorang pelabur dalam lebih 40 syarikat, penceramah, pengarang buku bestseller serta pencipta kandungan. Beliau menjadi hos dalam audio siar paling popular di Eropah, The Diary Of A CEO. Selain itu, beliau mengasaskan Social Chain, agensi pemasaran digital global ketika baru berusia 22 tahun dan menjadikannya syarikat awam pada usia 27 tahun. Beliau juga mengasaskan Thirdweb, syarikat perisian yang berpangkalan di San Francisco dan Flight Story, syarikat pemasaran inovatif. Bartlett telah diwawancara oleh Forbes, Business Insider, Financial Times serta Guardian, dan telah menjadi penyunting jemputan untuk FT Edit. Beliau juga tersenarai dalam Forbes’ 30 Under 30. Bartlett ialah Dragon termuda dalam siri Dragon’s Den dan beliau telah menyampaikan ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, SXWS, TEDx dan VTEX Day bersama-sama dengan Barrack Obama. Buku pertamanya. Happy Sexy Millionaire ialah buku nombor 2 dalam senarai buku laris Sunday Times.