Same As Ever: Seni Melihat Masa Lalu

Same As Ever: Seni Melihat Masa Lalu

Morgan Housel

01 August 2024 | Imprint: Write & Brave

Synopsis

"Salah seorang pengarang dan pencerita kegemaran saya sepanjang zaman. Sudah dua kali saya membaca buku ini."

—Steven Bartlett

Jika anda berjalan ke masa lampau kira-kira 500 tahun dahulu atau ke masa depan kira-kira 500 tahun dari sekarang, anda akan terkesima melihat betapa banyaknya perubahan dalam teknologi dan perubatan. Aturan geopolitik kelihatan tidak masuk dek akal pada anda. Bahasa dan dialek mungkin menjadi sangat asing, tetapi anda akan perasan prinsip-prinsip universal yang memandu tingkah laku — Orang menjadi tamak dan takut, tidak melihat jauh kerana terlebih yakin dan didorong oleh risiko serta cemburu, seperti hari ini. Apabila anda dibawa ke dunia yang tidak dikenali ini, anda akan menghabiskan beberapa minit menyaksikan tingkah laku manusia dan berkata, “Oh, saya pernah melihatnya sebelum ini.”

Dalam Same as Ever, Morgan Housel menawarkan pembaca satu pengembaraan melihat tingkah laku dalam sejarah dunia yang telah memainkan peranan penting dalam detik-detik penting sejarah, daripada penciptaan senjata nuklear pertama kepada penubuhan Amazon, daripada T.E. Lawrence kepada Jack Welch. Kisah-kisah tentang risiko, peluang dan kehidupan yang baik memberi kita pengajaran yang tak lapuk dek zaman, yang berbaloi untuk diberikan perhatian supaya kita boleh mengasingkan maklumat penting dan tidak penting, serta mengoptimumkan pembuatan keputusan. Sejarah dipenuhi dengan kejutan yang tidak dilihat orang. Akan tetapi, jika kita melihat apa yang tidak berubah, kita boleh menjadi lebih yakin dengan pilihan kita, tak kira apa yang ada pada masa depan.

288 pages ISBN 9789672437956

Details

Publication Date: 01 August 2024
Pages: 288
ISBN: 9789672437956
Imprint: Write & Brave

About the author

Morgan Housel ialah ialah rakan kongsi di Collaborative Fund. Beliau pernah memenangi Anugerah Best in Business sebanyak dua kali daripada Society of American Business Editors and Writers, menerima Anugerah Sidney daripada The New York Times serta menjadi finalis sebanyak dua kali bagi Anugerah Gerald Loeb untuk Kewartawanan Perniagaan dan Kewangan Berprestij. Kini beliau menetap di Seattle bersama isteri dan dua orang anaknya.