The Psychology of Money: Seni Menjinakkan Wang

The Psychology of Money: Seni Menjinakkan Wang

Morgan Housel

18 April 2023 | Imprint: Write & Brave

Synopsis

"Salah sebuah buku kewangan terbaik dan original"

โ€”Jason Zweig, Wall Street Journal

Menguruskan wang dengan baik tidak semestinya tentang apa yang anda tahu. Ia mengenai tingkah laku anda. Dan tingkah laku sukar untuk diajar, walaupun kepada orang yang benar-benar pintar.  

Wang—pelaburan, kewangan peribadi dan keputusan perniagaan—kebiasaannya diajar sebagai bidang berasaskan matematik, iaitu data dan formula memberitahu kita dengan tepat perkara yang perlu dilakukan. Tetapi dalam dunia sebenar, orang tidak membuat keputusan kewangan berdasarkan hamparan kerja. Mereka membuat keputusan di meja makan, atau di dalam bilik mesyuarat, di mana sejarah peribadi, pandangan unik anda tentang dunia, ego, kebanggaan, pemasaran dan insentif ganjil dihimpunkan bersama.  

Dalam The Psychology of Money, Morgan Housel, penulis yang memenangi anugerah, berkongsi 19 kisah pendek yang meneroka cara pelik manusia berfikir tentang wang serta mengajar anda cara memahami dengan lebih baik salah satu topik paling penting dalam kehidupan. 

288 pages ISBN 9789672437581

Details

Publication Date: 18 April 2023
Pages: 288
ISBN: 9789672437581
Imprint: Write & Brave

About the author

Morgan Housel ialah ialah rakan kongsi di Collaborative Fund. Beliau pernah memenangi Anugerah Best in Business sebanyak dua kali daripada Society of American Business Editors and Writers, menerima Anugerah Sidney daripada The New York Times serta menjadi finalis sebanyak dua kali bagi Anugerah Gerald Loeb untuk Kewartawanan Perniagaan dan Kewangan Berprestij. Kini beliau menetap di Seattle bersama isteri dan dua orang anaknya.